Pop Kuiz Kempen Internet Selamat: “Cybergrooming – Adakah Anda Tahu?”

12 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2025, pihak NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) telah menganjurkan satu program selingan iaitu Pop Kuiz Kempen Internet Selamat bertajuk “Cybergrooming – Adakah Anda Tahu?”.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran peserta mengenai bahaya cybergrooming serta kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti aktiviti pop kuiz interaktif yang menguji pengetahuan mereka berkaitan keselamatan internet, khususnya tentang risiko cybergrooming serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi diri ketika berada di alam siber.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan keselamatan siber dalam penggunaan internet seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali